Monday, February 7, 2011

Kempen Simpan 1 Dinar 1 Bulan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia kita menyimpan dan menabung setiap bulan tetapi bukan dalam bentuk wang kertas.

Cara menyimpan dan menabung kali ini ialah dengan MENYIMPAN 1 DINAR 1 BULAN. Saya pasti para pembaca sudah tahu apa itu dinar. Bagi yang belum tahu, Dinar itu ialah dinar emas dengan ketulenan 91.6 % emas atau 22k dan dengan berat 4.25 gram untuk 1 dinar.

OK…saya ceritakan bagi yang mampu menabung RM 500 – RM 700 sebulan.

Harga dinar emas Public Dinar

Gambar di atas, menunjukkan harga dinar emas pada 23/01/2010 (kiri) iaitu 1 dinar RM 545 dan 07/08/2010 (kanan) harga 1 dinar ialah RM 579. Ini adalah kenaikan 6.24% walaupun baru sahaja 7 bulan berlalu bagi tahun 2010. Sepanjang tempoh ini, harga untuk 1 dinar pernah mencecah RM 608. Walaupun harga emas tidak tetap iaitu turun dan naik tetapi itu bukanlah penghalang kepada para pelabur untuk tidak menyimpan atau menabung dalam bentuk emas. Ini kerana emas adalah pelaburan alternatif dan ianya merupakan pelaburan yang paling selamat dan sejarah membuktikan bahawa harga emas kalis inflasi semenjak 1400 tahun dahulu lagi.

Sekiranya para pembaca yang mampu untuk menabung RM 500 – RM 700 secara tetap sebulan, berubahlah kepada pelaburan dalam bentuk DINAR EMAS. Cuba bayangkan menyimpan secara tetap dalam bentuk dinar emas ini setiap bulan, para pelabur akan dapat mengumpul 12 dinar setiap tahun dan puratakan harga untuk 1 dinar(kerana harga 1 dinar berubah setiap masa). Pada tahun 2020, insyaAllah harga untuk sekeping 1 dinar ialah RM 1737.


Jika bermula pada masa sekarang iaitu RM 637. Kiralah keuntungan anda…

Saya bagi contoh harga 1 dinar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang seterusnya.

Ramalan harga 1 dinar

* Dengan andaian kenaikan harga emas secara purata 20% setahun.

Bagi yang tidak mampu mengumpul 1 dinar 1 bulan..Tak mengapa..Ikut kemampuan anda & cubalah mengumpul dinar emas sekurang-kurangnya 2 dinar setahun. Ingat…Emas kalis inflasi dan peranannya yang sebenar selain sebagai pelaburan ialah perlindungan kepada kekayaan kita kerana emas merupakan pemegang nilai yang unggul.

Tuesday, February 1, 2011

Teknik 1 : Beli Emas Fizikal & Simpan Selama Yang Mungkin Sebagai Aset

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini.

Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini? Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

Sebagai Contoh

Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM 11,275.

Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Agrobank) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM 11,275 = pinjaman RM 7,329

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%

Maka nilai emas naik menjadi RM23,452 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23,452 = RM15,243.80

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM 35,629 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM 35,629 = RM 23,158.90

Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM 47,806 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM 47,806 = RM 31,073.90

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM 11,275 bernilai RM 47,806 selepas 12 tahun dan boleh memberikan pinjaman bernilai RM 31,073.90 pada masa itu.

Jongkong emas 100 gram Public Gold

Dengan teknik ini, anda tak perlu risau harga emas naik ataupun turun. Anda cuma perlu ada emas sebagai aset dan simpanlah emas selama yang mungkin.


Monday, January 31, 2011

Menjana Keuntungan Melalui Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Saya pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia menjana pendapatan dengan emas.


Jadi di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Tapi anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Kena baca dengan hati dan minda yang terbuka dan jangan menganggap teknik ini boleh menjana kekayaan dalam sekelip mata.


  1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi kena tahu tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
  2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.
  3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena berniaga emas + membuat pelaburan emas + teknik merempit emas (Pajak).
  4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar.
  5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi saya.

Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas :

  • Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
  • Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
  • Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
  • Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
  • Melabur sambil berniaga emas.

Emas Adalah Aset Yang Terunggul

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.

Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Emas Kim-Thanh yang dibawa pelarian Vietnam

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?

Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.

Oleh sebab itu, anda perlulah menyimpan emas.